Pada pukul 8.30 am tadi aku menghadiri satu program iaitu Majlis Pelancaran & Taklimat Pelaksanaan Program-program di Cawangan Senggara Fasiliti Jalan. Program tu sepatutnya dirasmikan oleh Tuan Pengarah Cawangan, Y.Bhg. Dato’ Ir. Haji Hamizan bin Mohd Inzan. Tapi tuan pengarah sampai lewat sikit kerana menghadiri satu pertemuan dgn TPM, so timbalan pengarah la yang rasmikan program td.

Sebenarnya byk program yang diperkatakan td, tp yang paling utama ialah pengenalan program mentor mentee la. Memula mcm x sangka pulak time keja pun masih ada program mcm ni. Tujuan utama program ni x lain x bukan nak membantu pekerja2 baru dan muda remaja cam aku ni la..uhuk2.. Kiranya kami akan dibimbing oleh sorang mentor yang leh dikatakan otai dalam organisasi ni. Kami disyaratkan utk jumpa mentor 2 jam dlm sebulan, kalo lebih lagi bagus la..

Sebenaqnya list nama dh dapat sejak semalam lg. Mentor aku adalah Tuan Hj Yussof. waah..yg mana satu la Tuan Hj Yussof ni, mmg x kenal la masa tu. Pagi td la baru kenai dia. hmm..nampak hebat n sempoi. Pakai kopiah putih, ada janggut putih skit.. hehe.. mungkin umoq dia 50-an la kot. Sepatutnya td ada slot suai kenal dgn mentor, tp x sempat sbb di akhir2 program tu tuan pengarah sampai n dia pon nak berucap gak.. Pastu dengan tergesa2 dia pun x sabar nak makan coz pg td xsempat mkn, kelam kabut nk jumpa TPM. Kami pon apa lagi, pi la makan n lps makan trus balik ofis la.. Lagipon program tu memang dijadualkan abih kul 11.30pg.

Sebut psl tuan pengarah, beliau ni mmg sempoi. Bila berucap mesti selitkan kisah2 teladan, hadith dan sebagainya. Memang bertuah la sapa jd mentee beliau. Ucapan dia td pon rasanya sgt memberi kesan la dlm diriku ini..hehe.

Setakat ni la dlu, mungkin post yg akan dtg aku crita plak apa yang memberi kesan sgt tuh..
adioss..