Sejak kemarin aku dah xleh  bukak frenster coz dah kena block. Xtau la sbb pa mungkin pihak pengurusan dh dpt detect gejala2 yg tidak sihat berlaku di sini. Tp bagi aku frenster tu cam amalan yg baik ja.. Buleh mengeratkan silaturrahim.. Haha~.. Selain Frenster, YM juga dh xleh on. Tapi menggunakan sedikit kepakaran yg ada, aku leh gak chatting dlm YM guna website meebo.com. Harap2 depa xtau wujudnya website meebo nih, takut nnt depa blok pulak.

Kemarin cam besa aku chat ngn kwn yg sangat la x bz seperti che pah kita.. Hehe..  Dia ni lagi best, kalo xdak keja siap sempat baca novel lg kat opis. huhu. Cam besa kami akan membincangkan topic2 yang agak hangat dan x perlu lah dinyatakan disini.. Chatting pon salah satu drpd aktiviti yg sihat sbb kita boleh menambah ilmu pengetahuan, mngetahui isu2 semasa, gosip2 hangat dan sebagainya.. (^_^). Selain che pah, aku chat gak ngan zaimi. Zaimi ni sahabat lama dr SMKAB jugak. Kat smkab sempat kwn ngn dia satu thn ja. Masa form four, dia la salah sorang budak baru smkab dan ditempatkan lam klas aku, 4 Ibnu Sina. Tp pd hujung thn form four dia dh pindah skolah. x sangka plak mgu lepas aku terjumpa dia kat sini, setelah 7 tahun lebih.

Kemarin aku tgk status YM dia yg agak mengujakan ‘bos2 yg bangang’. Akau kan suka menyebok, so aku tegur la dia lam YM, sapa bos yang bangang tu??.. huhu.. Mungkin bos dia ada masalah rumahtangga kot.hehe2. Sembang punya sembang, dia cadangkan aku tgk movie menerusi internet sbb aku hbaq kat dia aku boring, xdak keja.  Dia pon bagi la address kt mana leh tgk movie tu.  Dengan bersemangatnya dia ngajaq aku camna nk tgk, klik itu ini itu ini.. bla3.. Last2 baru la aku teringat, cmna la nk tgk movie, komputer aku skang ni amatlah kritikal keadaannya. Aku habaq la kt zaimi.. “weh cmna la aku nak tgk movie ni, komputer aku dah la buruk, xda sound, skrin plak kelabu assap!! ” Tetiba terpacul satu perkataan kat window YM aku tuh, “mengong!”.. huhu..padan muka aku kena mengong skali.. Kesimpulannya aku mmg x dpt la tgk movie tuh. haha.. Komputer kat bilik aku ni mmg dh byk kali buat hal. Menurut staf lama kt sini, komputer ni mmg dh lama, tgu masa nk kena buang ja. Komputer baru utk kami masih dlm proses tempahan.. x sampai lg.

Camna pon aku bersyukur dengan apa yg ada ni.. Leh gak aku chatting and blogging. Alhamdulillah..