Pada satu hari jumaat di hujung bulan januari lalu, aku dpt pggilan dr zera, member sepengajian di ump. Dalam kul 12.30 tghri tu.. Camni la lebih kurang perbualan aku dgn zera…

zera: syak, ada brita sedih ni..

aku: berita apa?

zera: pasai meecha..

aku: meecha? pasai pa ngan dia?? – aku mmg suspen time ni..

zera: meecha dah meninggal..

Time ni suara zera dh lain mcm ja aku dengaq.. Mmg terkejut la time ni, berkali2 aku duk ulang tnya zera, betul ka ni.. hg tau mana.. Zera pon tau berita ni dari kema. Nasib baik kema ada kawan yg satu tmpt keja dgn arwah. Mula2 mmg kami igt depa ni main2. Aku antara org yg awai terima berita ni. Lepas zera tepon tu jadi mcm terkedu pegang tepon, xtau nk bgtau sapa. Dlm masa yg sama still x pecaya. Mmg time blajaq dlu, arwah sorang yg sgt happy go lucky n suka melawak. Kalau sembang ngn dia mmg keja duk gelak ja. Arwah gak slalu mai bilik aku, kebetulan bilik kami mmg dekat ja.. Arwah jugak antara org yg terawal aku kenai kt ump sbb kebetulan dia ada pertalian dgn sorang kwn kt smkab.

 

Masa zera call tu dia bgtau, arwah meninggal sbb denggi. Kali terakhir jumpa dia masa konvo la 23 ogos 2008. Aku terus pi check balik gmbar konvo, ada la sekeping, aku bergambar dgn arwah dan kwn2 yg lain. Tu la detik2 terakhir jumpa arwah. Aku agak kesal sbb x dpt ziarah arwah yang dikebumikan ptg jumaat tu jugak kat bentong, pahang. Time tu aku kat kedah. Zera dan kwn2 yg lain skitar kl sempat la melawat kubur arwah hari ahad tu.

dsc046191

Detik2 terakhir bersama arwah ( kiri sekali, tdg kaler coklat)

 

Mak meecha ckp, sebelum meninggal, arwah mmg dpt semua yg dia impikan.  Antaranya nak kerja, beli kereta. Lepas abih ja blajaq, arwah dpt keja di KL, sbgai engineer di sebuah syarikat pembinaan. Arwah baru ja 3 bulan beli kereta, sebelum meninggal. Mmg sedih la.. Rupa2nya arwah bukan meniggal sbb denggi, tp buah pnggang dia rosak. Xtau la sejak bila dia sakit, tetiba ja.. Masa blajaq dlu xda pulak tnda2 dia sakit. Sbb tu la kami semua ni sangat la terkejut bila tau dia meninggal.

 

X sangka, kawan yg sama2 menuntut ilmu selama 4 thn, tetiba ja meniggal dunia. Baru je beberapa bulan lepas konvo time tu. Tapi itulah yg dikatakan ajal. Kita sendiri pon xtau bila giliran kita pulak dijemput olehNya kan.. Apa2 pun, takziah kpd keluarga arwah meecha. Moga rohnya dicucuri rahmat. Alfatihah…