26Mac09 : 1:30pm. Masa utk merehatkan fikiran. Hari ni sangat pening memikirkan kerja yg x seberapa di ofis. Memang susah kalau nak buat kerja yg kita xtau buat. Itulah dinamakan proses pembelajaran.. apa omputeh cakap?learning by doing.. Huh cam kenal ja motto tu.

Hri2 ku di sini mulai sibuk dgn kerja2 ofis dan luar ofis. Kemarin sepanjang waktu pejabat aku di luar. Kena ikut inpection team ke Banting. Ini pon proses pembelajaran ni, byk la benda baru yg aku blajaq, termasuk la naik sky lift. Huh gayat dowh first time naik. Byk lg la yg aku belajaq kemarin, tp kelaparan telah membataskan penjanaan tenaga dan semangatku. Gara2 tertinggal komuter 7.07 am aku xsempat sarapan. Komuter tu la tipu, tulis kt board  tu kul 7.07am, tp dia mai kul 7.03am. huhu..

Aku ni dh la dh kuat mkn skang ni. Sejak duk mkn vitamin seperti di syorkan doc aritu.. Pagi2 koman2 pon kena mkn sebungkus nasik lemak. Kdg2 tu siap add on sandwich lagi 2 keping. Itupon bertahan sampai kul 11 ja. Pastu mula la rasa sedikit gegaran kecil (menggigil) pada seluruh anggota badan, otak pon dh x boleh berfikiran waras lagi.. (cam sawan ja..haha) X la teruk sgt sebenarnya coz mmg aku ada spare biskut  dlam laci meja nih. hehe..saja wat suspen.

Berbalik pd crita kemarin, aku balik dr banting ke ofis pd pkul 4 lebih, smpai dlm kul 5.10pm. Pastu kawan aku ajak pi jumpa mak dia kt pan pacific hotel a.k.a seri pacific hotel, dekat2 PWTC. Sekarang kan tgh perhimpunan agung umno, mmg ramai giler kt situ. Rasa cam ahli puteri umno ja..haha~.. First time aku dikelilingi oleh org2 bertudung merah n pink, berbaju putih, berkain merah/pink. Yg laki lak bersampin merah, bersongkok hitam.  Masa tu kt depan hotel, rata2 depa sume duk hotel pan pacific tu. Aku n member2 len pon naik ke tingkat 10 bertemu dgn mak salah sorang dari kami lah.

Kami difahamkan pd pagi tu ada acara membuang undi utk memilih calon. Petang tu ada meeting apa ntah. Lepak kt situ dr petang smpai la lepas solat  maghrib, kami pon berangkat pulang. Dalam perjalanan menuju ke lif, terdengar pokcik2 tu kecoh2 KJ menang.. Kj menang.. Huh aku antara org terawal dpt keputusan nih. Tapi bg aku sapa menang pon sama ja.. umno tetap umno.. hehe.. (pandangan peribadi sebagai org yg x berapa arif dengan politik malaysia yg kucar kacir)

Balik dari pan pacific, siap2 bersihkan diri terus tido. Huh awal giler, dlm kul 10 camtu la.. Kalo badan dh letih, mmg sedap la tido..zzz…