Hujung minggu baru2 ni aku memang excited giler nak ke Port Dickson buat pertama kalinya. Huhu..kesian.. Awal2 lagi aku dh siap kemas barang n pakaian utk 3 hari. Aku ke PD pada hari ahad utk menghadiri satu bengkel penyediaan piagam pelanggan, SOP n format laporan. Walopon pada mulanya aku xtau pon apo kebondo eh sumo tuh, aku tetap excited nak bersuka ria kat PD. huhu..

Ahad 29 Mac 2009

2.15 pm: Kami bertolak dari ibu pejabat jkr, menaiki bas ke PD. Aku bercadang nak menikmati   keindahan pemandangan perjalanan tu. Malangnya di pertengahan jalan aku dah terlelap. Huhu..pantang naik bas, mesti lena.

3.50 pm: Kami sampai di Tiara Beach Resort tempat penginapan yg telah ditempah khas. Aku pon check in, 1 bilik 2 org. Aku ditempatkan 1 bilik dgn makcik faridah, pelukis plan dlm unit aku.

4.30 pm: Selepas berkemas apa yg patut, kami menuju ke dewan tempat bengkel untuk menikmati minum petang. Ha.. dah minum baru fresh skit, masa utk bersiar2. Aku n member2 yg len terus round2 dlm resort tu tgk apa kemudahan yg disediakan. Macam2 ada..paling menarik perhatian aku, pantai buatan tu la.. Resort ni mmg jauh la dr pntai teluk kemang. Tapi ada pantai buatan tu kira ok la.. Siap ada yg boleh gelungsuq pusing2 masuk ayaq tuh. hhu.. Lagi, ada games room n kbox utk sapa2 yg gila karaoke. Pastu ada fish spa.. ala yg kita rendam kaki lam air, pastu ikan kecik2 beramai2 makan kaki kita tu.. huhu.. bukan makan kaki, makan sel kulit mati kat kaki kita..Ada gak org duk try, tapi smpai menjerit2 geli. Ngeri tul aku tgk org yg menjerit2 tu, dinasihatkan juga  sapa2 yg nak try, eloklah kiranya pi toilet dlu buang apa yg patut. hehe..

Dah puas round serata resort, kami bramai2 menuju ke pantai teluk kemang. Saja nak round ja. Maklumla x penah sampai sini. Seb baik ada sorang member org nogori. Dia la bwk kami berjalan2. Dalm kul 7 tu baru la kelam kabut balik ke resort sbb dijadualkan ada majlis pelancaran program pada pukul 8 malam. Bila time makan malam nih?

8.00 pm: Majlis pelancaran bermula.. Bla3.. ucapan dato’ pengarah tentang program ni, sat ja. Kami makan malam pada pukul 8.30 camtu lebih kurang. Ha.. kat sini la satu misteri nusantara terjadi. Tetiba ja ada sorang pekerja kt situ mai kt meja kami, dia tanya ‘kita ada magician kat sini, kamu nak tgk magik tak?’ Kami terus la kata nakk!.. Pastu mai la sorang brader nih berpakaian hitam ala2 black metal. Dengan pandangan matanya yg mengerikan. huhu.. Mula2 dia buat magik guna kad, aku pon x igt sgt magik2 dia tu. Xtau la dia pakai helah ilusi optik ka.. dia pukau ka apa.. huhu.. Tapi memang jadi la magik dia mlm tu. Pastu dia buat magik guna jarum lak. Paling ngeri, ada ka dia pi cucuk tangan dia dgn jarum tuh. Dia tarik isi kt lengan dia keatas, then cucuk menembusi isi yg dia tarik tu.. silap x amik gambo time tuh. huhu.. Mula2 x berapa paham mesej yg dia nk smpaikan.haha..kesian dia, penat wat magik, org x paham. Dia explain la dia leh wat magik, benda yg kita nmpak ada, sebenarnya xda. Kami nmpk jarum tu ada, tp kenapa bila cucuk kt tgn dia, xdak darah kuar?? Camtu la kot maksud dia kan. Pastu kami duk argue dia lg, mmg la cucuk camtu x kuar darah. haha..dia dh macam x puas hati ja. Terus dia tenung muka member yg argue td, kamu tahu vudoo?? tahu hantu? bla3.. aku pun x igt apa dia merepek, tp tgk mata dia mmg menakutkan. Member aku smpai xleh tidoq malam tu. Hahaha.. Tp, byk magic kad yg dia buat tu menjadi la.. cuma part yg guna jarum tu ja.. kami x pueh hati.. hehe.. Yang peliknya, dalam byk2 meja kenapa dia pilih meja kami utk dibuat magic? Ada member cakap mungkin dia tgk muka kita2 ni mcm mudah diperkotak katikkan..mungkin meja kita paling happening..ntah ler.. segalanya mungkin..huhu.. layan jer..

bersambung..(huhu..dh malas nk taip, kalo rajin nt aku sambung..)