Huh.. aku selamat sampai Kl pada pukul 3.30 petang kemarin setelah menghabiskan cuti hujung minggu di kedah. Ada la lebih kurang 24 jam sahaja di kedah, selebihnya 8 jam di dalam keretapi (KL-Butterworth) dan 5 jam dalam bas (Butterworth-KL).

24 jam dirumah ditolak dengan aku ketiduran selama beberapa jam akibat keletihan dan ngantuk giler sebab dlm ketapi memang x lena sangat. (Lampu ketapi x ditutup sepanjang perjalanan menyebabkan aku hanya mampu tidur2 ayam)..huhu.. Sangatlah singkat masa aku berada dalam keadaan sedar di rumah pada kali ini. Tapi aku tetap puas dapat jumpa mama, ayah n family. Dan yang penting skali org yang menjemputku di pintu rumah dengan tersengih2 sambil didukung ibunya, anak saudaraku yg berusia hampir 5 bulan.. hehe..

Muhammad Zubair

Muhammad Zubair

 

Ni pulak abangnya yang berusia hampir 3 tahun.

Muhammad Hanif

Muhammad Hanif

Huhu..best jugak melayan budak2 nih.

Ok lah setakat ni dlu…Dah masuk waktu bekerja ni..kerja3..