Kelmarin masa chat ngan sorang member kat YM, dia request aku tulis pengalaman aku naik keretapi buat pertama kalinya, time balik kedah hujung minggu aritu. Sebenarnya memang aku beria duk cerita kat dia, aku nak balik naik keretapi. Berhari2 sebelum balik lagi aku duk bgtau kat dia,tetiap hari! Dia duk nasihat la aku, keretapi ni lambat sampai la..bla3..(teringat pesanan paksu aku, naik ketapi jgn naik gerabak belakang skali, nt lambat smpai..huhu..dlu aku pecaya) Aku cakap kt member td, aku x kira, nakk jugak naik ketapi. Nak try la konon2..huhu..

Tanggal 3 April 2009, bersamaan dengan hari jumaat malam sabtu, tibalah masanya aku di jadualkan berlepas menaiki KTMB dari KL Sentral-Butterworth. Memang semangat la.. Kul 9 mlm dh kuar rumah sedangkan waktu berlepas dijadualkan pd pukul 10.30mlm. Bukan jauh sgt pun nak ke KL Sentral. Sesampainya di Kl sentral, puas la meninjau2 platform tempat nak naik train tu. Tapi xleh turun lagi. Ada sekatan kt eskalator nk turun tu, train sampai baru la depa bukak.

Tunggu punya tunggu punya tunggu, dh pkl 10.30mlm. Tetiba ada announcement menyatakan tren kami delay smpai pkul 11mlm. Adoi ni yg leceh ni. Aku dh x sabaq2 nak lena dlm train ni. Tunggu dan tunggu lagi, mata aku yg dah terbiasa tidoq sblom pkul 11mlm ni dah terpejam celik pejam celik. huhu..

Dalam pkul 11 lebih baru la depa umumkan ketibaan train menuju ke utara..x igt dah apa nama train tu. Kami pun bepusu2 turun ke platform 1. Ramai gak orang. Kebetulan gerabak yg tertera K3 betul2 berada di depan kami. Dengan x berapa yakin, kami pun naik la gerabak tersebut. Check2 no, hah betulla ni. Dah tertera no seat kami kt bhgian atas tu. Sekali tengok, isk2 sama ja cam seat bas. Agak jauh berbeza dengan apa yg tertera dalam kotak imaginasiku. Takpala..kata nak try kan.. (dengan nada memujuk diri sendiri).. Memula aku igt seat dia besar, selesa.. Rupa2nya kalo 1st klas baru la dpt seat yg selesa tu. Mahal dowh kalo yg 1st klas, dlm rm60++. Serius cakap seat yg aku duduk ni ala2 bas utama xpress yg 4 seat @ (dgn kata lain bukan bas VIP) yg aku slalu naik dari kuantan ke SP suatu masa dolu. (time blajaq kt ump). Kalau naik bas VIP yg 3 seat tu, aku mampu tidur tanpa henti dari kuantan – kedah dengan jayanya. Sedaq2 aik dh sampai..huhu..tetiba cerita pasal bas plak.

Berbalik pada cerita train tadi, aku terima seadanya keadaan train yg aku naiki malam itu.. walaupun seat yg kurang selesa, aku yakin aku mampu tidur dengan lenanya. Tapi ada satu lagi masalah. Rupa2nya lampu dalam train ni tidak akan ditutup sepanjang perjalanan. isk2.. Baru aku teringat memang penah ada member bgtau lampu ketapi memang xkan di padamkan.. huhu.. Mencabar minda jugak ni tidoq dalam keadaan cerah. Dengan suhu dalam train yg hampir mencapai tahap beku (tipu ja), dengan cahaya lampu kalimantang yg menerangi alam, aku gagahkan diri untuk tidur. Memang la dapat tidur sbb ngantuk giler, tapi sangatlah kurang selesa. Sekejap2 terjaga..Mimpi2 indah aku pun asyik tersekat2 dan tersambung ngan mimpi len plak..hehe.. Dalam pkul 7++ pagi, kami pun sampai di stesen KTM Butterworth.

Sekian saja pengalaman aku menaiki KTM antarabandar buat pertama kalinya..huhu.. Selepas ni aku nekad, kalau teringin sangat nak naik train lagi, aku akan naik yg 1 class ataupun yg cabin tu. Leh tidur dengan aman.. Aku jugak masih teringin nak naik train di waktu siang, untuk menikmati pemandangan dari dalam train plak. kawan aku kata train akan melalui tengah2 tasik. (lupa plak tasik apa).. Waa..mesti best ni..
ok.wassalam..

dalam train..huhu

dalam train..huhu