Kelmarin hampir pukul 4.30 ptg ada orang mai panggil.
“Syakirah..Haji Yusof nak jumpa..”
“ha? sekarang??”
“yer sekarang2..” katanya yang juga mentee Hj Yusof,  sama cam aku..

Huhu..time ni la nak jumpa.. Selalu time2 ni aku dah sebok membereskan kerja2 berbangkit kat opis dan bersedia nak chow. Besa la pekerja cemerlang, mesti punch card tepat2 kul 5.

Takpala mungkin time ni ja mentor aku free. Dah lama duk kata nak jumpa tapi asyik tak jadi. Bagus jugak program mentor mentee ni. Tiap kali jumpa ada ja perkara baru yg aku blajar. Macam2.. Banyak perkara2 yang menjurus kepada pembangunan diri, pengalaman hidup, motivasi dan sebagainya..

Antara perkara yg ditekankan.. 3C. Communication, Connection, Competency. Segalanya bermula dengan komunikasi.. Bila adanya komunikasi akan terbentuk hubungan/jaringan @ connection. Dengan itu kita sedang membina competency @ kesempurnaan dalam kehidupan kita. Lagi..kami berdiskusi tentang betapa pentingnya penggunaan otak kanan. Orang teknikal ni terlalu bergantung pada otak kiri yang terlalu analitikal, logik dan realistik. Maksudnya sesekali kita kena rangsang jugak otak kanan yg lebih bersifat imaginasi, khayalan, intuitif dan berfikir secara keseluruhan. Aku penah baca tentang kelebihan “thinking outside the box”..ini la bendanya, fikir secara menyeluruh dan berfikir dari perspektif berbeza.. Kalau digabungkan kebolehan otak kiri dan kanan Kita akan dapat menyelesaikan masalah2 teknikal dengan lebih kreatif..betul x? Jadi skali skala, layan la lagu2 ka, komik, novel,cerita katun(huh dah lama x layan anime nih) untuk merangsang otak kanan.

Macam2 lagi la yg dibincangkan, dekat pkul 6 baru abis.. Huhu.. Daaah jadi pekerja contoh, kul 6 baru balik dari opis.. Di akhir perjumpaan dengan mentor, aku dapat satu..xtau la nak cakap,kata2 perangsang ka, mutiara kata ka, mutiara hati (ni bukan tajuk cerita indon kt TV9 ka..huhu)..Camni la lebih kurang..

“Bermulanya akhlak apabila kita melihat kebaikan pada orang yg melakukan kejahatan”   dan

“Bermulanya ikhlas apabila kita melihat keburukan dalam diri ketika melakukan kebaikan..”

Semalaman la jugak aku duk fikir kata2 ni.. Memang lembab skit otak aku nak translate kata2 pujangga tuan haji ni. Nampak sangat otak kanan aku dah lama x dirangsang..huhu.. Yang aku faham la ek..

Ayat ke-2 tu senang skit nak faham,maksudnya dikala kita melakukan kebaikan kita masih nampak kekurangan dalam diri. Contohnya kita buat sedekah,tapi tak rasa bangga sebab kita masih sedar byk lagi kekurangan dalam diri kita.

Ayat first tu…camni kot, apabila kita melihat seseorang melakukan kejahatan, kita dapat muhasabah diri kita balik. Contoh.. huh apa la orang tu x semayang.. Orang yg berakhlak akan cermin balik diri sendiri, semayang aku pulak macam mana? Adakah diterima solat aku selama ni??.. Orang yang kita cemuh tu mungkin dalam proses nak blajar solat. Kita macam mana, xdak improvement?..huhu..insaf2..

Mari sama2 fikirkan…wassalam.. (^_^)v