Aku terjumpa satu artikel yang dirasakan patut aku kongsikan bersama pembaca blog nih. Tajuk artikel ni adalah ” Mengapa Yahudi Bijak?

Artikel ini merupakan hasil daripada data2 untuk tesis Phd yg dikumpul selama 8 tahun. Data2 ini merangkumi cara pemakanan, adat resam, agama, pesiapan awal melahirkan zuriat dll.

Jika diamati betul2, terdapat juga amalan2 mereka yang selari dengan ajaran islam terutamanya dari segi pemakanan. Tapi ramai umat islam tak menitikberatkan perkara2 sedemikian.

Artikel ni agak panjang tapi menarik untuk difikirkan. Yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan k. adiossa!

 

MENGAPA YAHUDI BIJAK?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

[more… ]