Bolehkah anda berfikir diluar kotak?? atau omputeh kata thinking outside the box. Secara ringkasnya ia bermaksud cara pemikiran yang mengambil kira sesuatu masalah secara menyeluruh. Atau ada jugak yg mengatakan, berfikir dari sudut yang berlainan. Pernah x kita berfikir benda yang tak pernah difikirkan oleh orang lain? ha.. tu la namanya berfikir diluar kotak.

Berfikir diluar kotak ni boleh dilatih. Practice make perfect! Caranya:

Sentiasa tanya soalan kat diri sendiri…BAGAIMANA??…Contoh, bila dpt sesuatu masalah:

* Bagaimana hendak memudahkan kerja ini?
* Bagaimana hendak mempercepatkan kerja ini?
* Bagaimana hendak megurangkan kos?
* Bagaimana hendak menambahkan kualiti, di samping mengurangkan kos?
* Bagaimana hendak melakukan dengan lebih efisyen?

— dan sebagainya! Menurut pakar motivasi Anthony Robbins, hidup anda akan bertambah baik selaras dengan soalan-soalan yang anda tanya pada diri anda. Dengan bertanyakan soalan, ia melatih anda untuk berfikir. Penuhi hari anda dengan bertanyakan soalan dan memberi jawapan yang bernas.

Ni ada satu soalan kuiz. Kalo dapat jawab memang anda sedang berfikir diluar kotak.

*     *     *

*     *     *

*     *     *

Soalan: Sambungkan semua 9 titik diatas dengan hanya menggunakan 4 garisan lurus, tanpa mengangkat pen anda. Selamat mencuba!!