Pagi ni seawal pukul 8.30 pagi, aku dikehendaki berjumpa dengan mentorku bersama rakan2 mentee yang lain. Hari ni spesel skit, mentor ada sediakan sarapan.. isk2..dia x bgtau awal2. Kalau tau, takde  la aku beli nasik lemak sambal sotong yg sedap kat luar tu tadi. Disebabkan dh kenyang, aku tapau je la nasi lemak yg mentor blanja tu..hehe

Topik yang dibincangkan harini macam biasa 3C (communication, connection, competency). Hari ni dah up skit kepada 3-tif atau 3-tive plak. (Creative, Innovative, Proactive).

Creative – Jangan terima sesuatu perkara bulat2 atau secara straight line (huhu sekejap bulat, sekejap straight ape kes..).. Takk..maksudnya cuba fikir dari sudut yang lain skit dan sentiasa tanya soalan dalam diri. Gunakan (5 Wives, 1 Husband) What,When,Why,Who,Where,How??

Innovative – Dah berfikir secara kreatif, mesti inovatif nyer. Mencipta benda2 baru. Dalam konteks kerja harian, cuba fikir dan bina sistem yang memudahkan kerja kita. Apa yang kita rasa susah sangat? Camna nak bagi senang.

Proactive – Kita mesti proaktif. Ini adalah berbalik kepada 3C tadi. Kita mestilah secara aktifnya membina jaringan komunikasi. Lagi ramai orang yang kita kenal, lagi luas lah ilmu pengetahuan dan lagi memudahkan urusan kerja.

Itu ler secara ringkasnya yang aku sempat simpulkan..hehe.. Di akhir perjumpaan cam biasa ada ja benda yg dia suruh fikir kan.. Dalam perjumpaan akan datang dia nak citer pasal SML lak. (Small-Medium-Large). Sebelum tu dia suruh pikir sendiri dlu la.. Dalam fikiran cetek aku ni SML tu adalah size pakaian (S,M,L,XL,XXL,XXXL)..haha..Tapi cam x logik ja idea aku tu.  Takpa lepas ni aku akan dalamkan lagi pemikiran aku terhadap SML ni..Apa la kaitan SML ni dlm urusan kita seharian..any idea??.huhu..

P/S – Otakku  Sekarang Penuh Dengan Formula..

(3C, 3tive, 5Wives-1Husband, SML..zzz)