Salam.. penah dengaq tak photograph memory nih? Mengikut kamus aku sendiri, photograph memory ni satu kebolehan yang luar drpd biasa, dimana kita menghafal/mengingat sesuatu secara gambaran. Maksudnya, sekali tengok, kita dah siap simpan dlm kita punya memory. Kira Otomatik save la.. Tapi save dalam bentuk photo, bukan input satu2. Tengok sesuatu, terus right click, save as picture..hehe..tu dalam aplikasi komputer la..cuba apply dalam fikiran kita lak.

Aku ada la kenal seseorang yg hebat giler la die punya photograph memory ni. Dia ni detektif, memang sesuai la dia ada memory yg hebat. Namanya Megu, salah satu watak dalam anime Detective School Q @ dalam bahasa jepunnya Tantei Gakuen Q. huhu.. Aku layan citer2 detektif sejak skolah dlu, (det. Conan, Penyiasat remaja dll..) memula komik jer aku baca, bila dh meningkat dewasa, aku nengok anime plak.hehe.. Kalau ikutkan cita2 asal aku masa skolah dlu nak jadi detektif, tapi tersalah bidang lak. (boleh check cita2 aku dlm majalah skolah smkab edisi 2002..haha..ingat lagi tu..)

Megu yg rambut pink tu

Megu yg rambut pink tu

 

Hehe..jauh pulak aku melalut.. Sambung balik tentang photograph memory td, bagi aku macam mana hebat dan mistik pun kebolehan tu, ianya boleh di gilap.  Aku cuba kaitkan dengan satu artikel dalam blog aku sblom ni. Sila rujuk sini.  Baca dengan teliti kat tips yg ke-4 tu k.

sila baca..penting!

sila baca..penting!

Sekarang aku masih mencuba kaedah ni. Aku mulakan dengan mengingati nombor2 ext rakan2 sekerja (4 digit jer).  Tulis je nama n no ext diorang n tenung ketas tu, amik gambo dlm fikiran pastu save. Pejam mata, view picture tu beberapa kali. Jgn lupa tulis nama, nnt kang igt no saja, sapa punya no, tak ingat plak. Setakat ni memang berkesan. Kalo dulu no ext sendiri pon aku x igt, sekarang dh ingat dan boleh dail no rakan2 yg lain tanpa rujuk list no tipon. Pasni nak try hapal no2 handphone lak..hehe..

selamat mencuba! Ganbatte!!

p/s: jangan biarkan cita2/hidup anda dipengaruhi komik @ anime..aku dapati budak2 zaman skang ni terlalu awal terdedah ngan anime yg membuatkan mereka terlalu leka.Terlalu byk masa dihabiskan utk anime,komik,games..dll…