Kelmarin bersamaan dengan 26 April 2009, berakhirlah sudah pesta buku antarabangsa kat PWTC, yang bermulanya pada 17 April 2009. Lebih kurans seminggu la.. Alhamdulillah aku sempat la pi sana 2 kali. Sabtu 18hb n 25hb, iaitu hari kedua start dan hari kedua last. Kedua2 hari yg aku pi tu memang ramai giler org.

18hb tu, aku dan kawan2 sampai sana dalam kul 11 lebih, sesampainya disana terus cari tempat nak makan dulu sebab masing2 kelaparan, tak sempat sarapan.Huhu.. Kami amik keputusan untuk makan kat tempat yang paling senang n konon2nya cemerlang dari aspek customer service nya. Cari tempat yg agak tersorok dan agak privacy. Rupa2nya agak susah nak kena duk angkat tangan n lambai2 panggil orang yg nak amik order. Kami pun order untuk 4 orang makan. Setelah tunggu agak lama, sampai la makanan yg nampaknya agak banyak. Rupa2nya dia dah silap amik order, org cakap utk 4 org, dia pi hantar makanan untuk 6 orang. Adakah muka2 kami yang kelihatan seperti orang2 yang sangat lapar?? Atau beliau yg amik order tadi dah lama x servis sistem pendengaran beliau?? Pastu pandai plak dia pujuk kami suh terima ja makanan tuh..isk3..x mampu kami nak habiskan suma tuh, kami berkeras la, x mau jugak n suruh dia hantar set 4 org gak. Salah sorang dari kami yg dh angkat makanan tu letak lam pinggan dia, terus letak balik dalam bekas asal depan2 org tu..Seb baik x masuk mulut lagi. Haha..biorla, bukan salah kita tol x..haha.. Pastu tunggu lama gak nak dapat set yang dipesan.

sebelum..

sebelum..

 
selepas..

selepas..

Dah kenyang, kami pun masuk ke PWTC, aduh ramai giler, beribu2 lemon orang. Nak jalan pun susah,bertolak2 n terpaksa ikut arus ja,jumpa booth yg best, terus belok ja. Hari tu yang aku rasa best sangat sebab dapat beli buku dari sorang penulis yang aku memang dah lama teringin nak baca buku2 beliau. Sebelum ni duk baca tulisan beliau kat website ja. Penulis tersebut ialah Dr Danial Zainal Abidin. Yang bertambah bestnya lagi, dapat jumpa beliau,bergambar dan siap dapat tandatangan beliau lagi kat buku2 tuh.hehe..baru semangat sket nak baca kan..

bergambo ngan Dr Danial

bergambo ngan Dr Danial

.. salah 1 buku yg di beli ..

.. salah 1 buku yg di beli ..

Jalan punya jalan, memang x sedar masa berlalu begitu cepat, kelam kabut cari tempat solat. Dah nak sampai penghujung zuhur nih. Kami amik keputusan nak solat kat the mall depan tu. Keluar PWTC, g the mall. Mak aii Ramai gak orang, suraunya agak sempit dan nak amik wudhuk kena beratur panjang giler. Ish mesti x sempat..Kami keluar balik, n pi surau kat bangunan umno. Solat zuhur n terus tunggu solat asar. Kat situ pun ramai gak, nak amik wuduk terpaksa beratur panjang. Tapi seb baik surau agak besar, tak yah tunggu giliran utk solat.

Pi kali kedua, 26 april pon sama, ramai bersesak2 dalam PWTC tu. Kali ni balik awal skit sebab dah plan dan dah tau kat mana buku2 yang dicari. Kira tak la melilau2 cari buku dari satu booth ke satu booth. Kesimpulan yg aku leh buat hasil pemerhatian aku selama 2 hari di pesta buku tu, minat membaca dikalangan rakyat malaysia masih di tahap yang agak boleh dibanggakan. Kalau tak takkan la ramai sangat orang kat situ, orang yg berpusu2 ke surau the mall dan surau bangunan umno tu pun 99%nya dari pesta buku tersebut. Alhamdulillah, masih ramai umat islam yang cintakan ilmu.. Ada yang sampai bawak buku guna troli beroda tuh. Pada pendapat aku, pesta buku ni sepatutnya lebih kerap diadakan, selain kempen2 bulan membaca la..apa la kan.. Aku pun tak tau bila bulan membaca. (macam penah dengaq, tapi bila ya??) huhu..Baik buat kempen Hari2 Membaca.. Ni gambo time dah nak balik..sempat lagi tu..

selamat datang ke pesta buku antarabangsa..

selamat datang ke pesta buku antarabangsa..

p/s: Aku penah dengaq orang cakap, orang yg bijak pandai adalah orang yg ditempat tidurnya terdapat buku2. Maksudnya dia akan belek gak buku sebelum tidur.. (aku baca buku sblom tido supaya ngantuk dan memudahkan tidur..zzz…huhu)

MARI MEMBACA! GANBATTE!