11-12 Mei 2009 aku ke Sabak Bernam untuk menghadiri meeting dan inspection pra-penyerahan projek. Jauh jugak rupa2nya dari KL nih. Memula ingat nak kena tido sana, tapi x jadik. So, ulang alik la 2 hari kesana. Lotih beb..

Hari first, lepas meeting, kami terus pi site. Kami berempat dipecahkan 2 team. Banyak nak kena check, ye la 2 jambatan yg setiap satunya mempunyai 14 pier.

 

jambatan yg mhubungkan selangor n perak

jambatan yg mhubungkan selangor n perak

 

Abih ja meeting, aku ditugaskan utk check pier dalam air, so kena naik bot. Waa best giler naik bot! Tapi yg x sedapnya diorang cakap Sg. Bernam tu byk buaya..Huh time ni dah terasa ada gegaran kat bahagian lututku..hehe.. Tapi nak sedapkan hati, diorang ckp, buaya tu x penah la kacau orang sejak projek tu dilaksanakan. huh..leh caya ka depa nih. Laju giler bot nih, rasa cam nak terbang jer.

 

-menghampiri lokasi-

-menghampiri lokasi-

-didalam bot dibawah jambatan-

-didalam bot dibawah jambatan-

 

2nd Day.. Aku dapat berita yg agak mengejutkan. Tetiba je TA sabak bernam tnya aku. “Semalam nampak kan buaye?” Ha? xde pon.. Die cakap..”Eh pakcik driver bot tu kate ade, nampak belakang badan buaye mase bawak korang semalam..ade tu..pakcik tu saje xnak bgtau, nt korang takut lakk..” Huh..biaq betoi ni.. Kalau kena check kat bwh skali lg, confirm aku x turun..haha..

 

sayounara..dah nak kembali ke daratan

sayounara..dah nak kembali ke daratan

 

Hari second tu berpeluang naik skylift la plak. Memula takut gak, dh naik 2-3 kali dh rasa ok la.. huhu.. Letih gak nak check every single things kat bridge nih. Dari part selangor terus ke perak. Kalo x check betul2 kang boleh membahayakan orang awam lak.. Inilah antara tugas2 berat orang2 yg berkecimpung dlm bidang ni. huhu..

 

-skylift-

-huh tingginyaa-

 

Secara teknikalnya, byk benda baru yg dapat dipelajari.. Secara tak teknikalnya, byk jugak benda2 pelik yg aku jumpa kat sana. Salah satunya ialah satu spesis yg dipanggil mentarang. Ada duk jual sepanjang perjalanan area kuala selangor tu.. Rupa dia lebih kurang binatang cam kepah yg namanya lala tu. Mentarang besaq skit la..

 

-mentarang-

-mentarang-

 

Selain itu, kat sini la jugak aku terjumpa ikan yg idup 2 alam tu..nama pa? ikan belacak kan. Tapi anak dia ja kot, kecik ja duk terlompat2 kat tanah basah ditebing sungai..huhu..Xsempat lak aku nak amik gambo. Ada satu lagi yg agak menarik utk diperkatakan iaitu hasil seni kreatif yg terdapat pd tiang2 jambatan yg aku inspect. Karya2 kreatif  itu sangat la x patut ditonton, so aku buat2 x nampak ja..huhu.. Rupa2nya selain projek jambatan tu ada lagi la projek2 secara kecil-kecilan yg dilakukan di bawah jambatan. Yg malunya, siap tulis nama lagi dan nama tu plak ala2 nama orang yg seagama ngan aku ja..isk2..