Ah Chin
Ah Chin miskin. Die takde duit.
Die nak beli baju yang berharga rm50.
Die pinjam kat kawan A rm25 dan die pinjam kat kawan B rm25
so die pegi la nak beli baju tu.
masa die pegi. die tgk baju tu sale. harga turun. baju tu skarang berharga
rm45.
die bayar then die dapat baki rm5.
die bagi kawan A rm1 dan die bagi kawan B rm1.
die tinggal rm3.
die hutang kawan A rm24 dan die hutang kawan B rm24.
so die hutang rm48.
die ade rm3 skarang.
rm48+rm3= rm51
kenapa boleh ade rm51? sedangkan die pinjam rm50.?

Abu
Abu miskin. Die takde duit.
Die nak beli baju yang berharga rm50.
Die pinjam kat kawan A rm25 dan die pinjam kat kawan B rm25
so die pegi la nak beli baju tu.
masa die pegi. die tgk baju tu sale. harga turun. baju tu skarang berharga
rm44.
die bayar then die dapat baki rm6.
die bagi kawan A rm2 dan die bagi kawan B rm2.
die tinggal rm2.
die hutang kawan A rm23 dan die hutang kawan B rm23.
so die hutang rm46.
die ade rm2 skarang.
rm46+rm2= rm48
mana lagi rm2?

Rama
Rama miskin. Die takde duit.
Die nak beli baju yang berharga rm50.
Die pinjam kat kawan A rm25 dan die pinjam kat kawan B rm25
so die pegi la nak beli baju tu.
masa die pegi. die tgk baju tu sale. harga turun. baju tu skarang berharga
rm47.
die bayar then die dapat baki rm3.
die bagi kawan A rm1 dan die bagi kawan B rm1.
die tinggal rm1.
die hutang kawan A rm24 dan die hutang kawan B rm24.
so die hutang rm48.
die ade rm1 skarang.
rm48+rm1= rm49

kenapa jumlah duit dia jadi rm49? Ke mana hilang rm1?

p/s: nama2 yg digunakan diatas hanyalah sebagai contoh, xda kena mengena dgn yg hidup atau mati.

Advertisements

Beberapa hari lepas, aku terima satu artikel yang agak menyentuh perasaan dalam kantung emailku. Sempena hari ibu yang bakal menjelma, renung2 la artikel nih.

“JANGAN TERLALU MEMANDANG BINTANG DI LANGIT
HINGGA KITA TERLUPA RUMPUT DI BUMI”

 

Orang kata aku lahir dari perut mak..

(bukan org kata…memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku…..mak
Bila lapar, yang suapkan aku….mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. …mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….Mak
Bila bangun tidur, aku cari….mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ….mak
Bila nak bermanja, aku dekati….mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak
Bila nakal, yang memarahi aku….mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak
Bila takut, yang tenangkan aku…..mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak
Aku selalu teringatkan ….mak
Bila sedih, aku mesti talipon….mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu…..mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil… “mmaaakkkk! ”
Bila sakit, orang paling risau adalah….mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga…..mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu….mak
Bila ada masalah, yang paling risau…. mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku….mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….mak
Yang selalu berleter kat aku…mak
Yang selalu puji aku….mak
Yang selalu nasihat aku….mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mak

Aku ada pasangan hidup sendiri….

Bila seronok, aku cari…….pasanganku
Bila sedih, aku cari……mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada….mak

Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat….emakku

Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah…..mak

Bila sambut valentine… Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu…aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila… aku nak talipon mak

Selalu….aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”…
Berderai air mata jika kita mendengarnya……..

Tapi kalau mak sudah tiada………..
MAKKKKK…RINDU MAK….. RINDU SANGAT….

 

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya……
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…….
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya……

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama..

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu – PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
“Saya Sayangkan Ibu”.Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah Dibayar” pada mukasurat yang sama ditulisnya.

 

p/s: Sayangilah ibu anda, buat baiklah kepada mereka  selagi kita masih berpeluang berbuat demikian..

Ujian sebelum ni personaliti warna, kali ini buah-buahan lak k.. Ganbatte kudasai!

Anggap diri anda saat ini sedang
memasuki sebuah rumah kecil di tepi
sungai di tengah hutan tebal. Setelah
Anda buka pintunya dan masuk,
didalamnya terdapat:

7 tempat tidur kecil di sebelah kanan di sebelah kiri,
terdapat meja makan yang dikelilingi 7 kerusi kecil.
Di tengah-tengah meja terdapat sebuah bekas dengan
6 macam buah. Buah- buahan tersebut terdiri daripada:

a. epal
b. pisang
c. kelape
d. mangga
e. rambutan
f. papaya

Buah manakah yang akan anda pilih?

Pilihan anda akan menunjukkan sifat-sifat peribadi
anda! Berfikirlah dengan berhati-hati. Jangan menyesal..

(JGN TGK JAWAPAN DI BAWAH
DULU……PILIH DULU BUAH APA……)))

  
  
  
  
  
  
  
 

  
  
  
  
 

Bersedialah..
Ini dia jawapannya…

a. jika anda pilih epal: bererti Anda
adalah orang
yang suka makan epal

b. jika anda pilih pisang: bererti
Anda adalah
orang yang suka makan pisang

c. jika anda pilih kelape: bererti Anda
adalah orang
yang suka makan kelape

d. jika anda pilih mangga: bererti
Anda adalah
orang yang suka makan mangga

e. jika anda pilih rambutan: bererti
Anda adalah
orang yang suka makan rambutan

f. Jika anda pilih papaya: bererti
Anda adalah
orang yang suka makan papaya

aderke…hehehehheh……hehehee… tipah tertipu ..

Tadi aku sempat buat ujian personaliti warna. Inilah hasilnya…

aku orang jingga/oren

aku orang jingga/oren

 Ini plak ciri2nya…

betoi ka ni??

betoi ka ni??

 

Sebenarnya aku dah penah buat ujian personaliti warna ni masa kat sekolah menengah dlu.. Dapat kaler oren/jingga gak. Memang x berubah la personaliti aku dari dlu ek? huhu..

p/s: marilah bersama2 mencari identiti sebenar. sesapa nak buat ujian ni boleh buat di alamat:

http://www.jknsabah.gov.my/kuanseling/personaliti/soalan.html

 

Kelmarin bersamaan dengan 26 April 2009, berakhirlah sudah pesta buku antarabangsa kat PWTC, yang bermulanya pada 17 April 2009. Lebih kurans seminggu la.. Alhamdulillah aku sempat la pi sana 2 kali. Sabtu 18hb n 25hb, iaitu hari kedua start dan hari kedua last. Kedua2 hari yg aku pi tu memang ramai giler org.

18hb tu, aku dan kawan2 sampai sana dalam kul 11 lebih, sesampainya disana terus cari tempat nak makan dulu sebab masing2 kelaparan, tak sempat sarapan.Huhu.. Kami amik keputusan untuk makan kat tempat yang paling senang n konon2nya cemerlang dari aspek customer service nya. Cari tempat yg agak tersorok dan agak privacy. Rupa2nya agak susah nak kena duk angkat tangan n lambai2 panggil orang yg nak amik order. Kami pun order untuk 4 orang makan. Setelah tunggu agak lama, sampai la makanan yg nampaknya agak banyak. Rupa2nya dia dah silap amik order, org cakap utk 4 org, dia pi hantar makanan untuk 6 orang. Adakah muka2 kami yang kelihatan seperti orang2 yang sangat lapar?? Atau beliau yg amik order tadi dah lama x servis sistem pendengaran beliau?? Pastu pandai plak dia pujuk kami suh terima ja makanan tuh..isk3..x mampu kami nak habiskan suma tuh, kami berkeras la, x mau jugak n suruh dia hantar set 4 org gak. Salah sorang dari kami yg dh angkat makanan tu letak lam pinggan dia, terus letak balik dalam bekas asal depan2 org tu..Seb baik x masuk mulut lagi. Haha..biorla, bukan salah kita tol x..haha.. Pastu tunggu lama gak nak dapat set yang dipesan.

sebelum..

sebelum..

 
selepas..

selepas..

Dah kenyang, kami pun masuk ke PWTC, aduh ramai giler, beribu2 lemon orang. Nak jalan pun susah,bertolak2 n terpaksa ikut arus ja,jumpa booth yg best, terus belok ja. Hari tu yang aku rasa best sangat sebab dapat beli buku dari sorang penulis yang aku memang dah lama teringin nak baca buku2 beliau. Sebelum ni duk baca tulisan beliau kat website ja. Penulis tersebut ialah Dr Danial Zainal Abidin. Yang bertambah bestnya lagi, dapat jumpa beliau,bergambar dan siap dapat tandatangan beliau lagi kat buku2 tuh.hehe..baru semangat sket nak baca kan..

bergambo ngan Dr Danial

bergambo ngan Dr Danial

.. salah 1 buku yg di beli ..

.. salah 1 buku yg di beli ..

Jalan punya jalan, memang x sedar masa berlalu begitu cepat, kelam kabut cari tempat solat. Dah nak sampai penghujung zuhur nih. Kami amik keputusan nak solat kat the mall depan tu. Keluar PWTC, g the mall. Mak aii Ramai gak orang, suraunya agak sempit dan nak amik wudhuk kena beratur panjang giler. Ish mesti x sempat..Kami keluar balik, n pi surau kat bangunan umno. Solat zuhur n terus tunggu solat asar. Kat situ pun ramai gak, nak amik wuduk terpaksa beratur panjang. Tapi seb baik surau agak besar, tak yah tunggu giliran utk solat.

Pi kali kedua, 26 april pon sama, ramai bersesak2 dalam PWTC tu. Kali ni balik awal skit sebab dah plan dan dah tau kat mana buku2 yang dicari. Kira tak la melilau2 cari buku dari satu booth ke satu booth. Kesimpulan yg aku leh buat hasil pemerhatian aku selama 2 hari di pesta buku tu, minat membaca dikalangan rakyat malaysia masih di tahap yang agak boleh dibanggakan. Kalau tak takkan la ramai sangat orang kat situ, orang yg berpusu2 ke surau the mall dan surau bangunan umno tu pun 99%nya dari pesta buku tersebut. Alhamdulillah, masih ramai umat islam yang cintakan ilmu.. Ada yang sampai bawak buku guna troli beroda tuh. Pada pendapat aku, pesta buku ni sepatutnya lebih kerap diadakan, selain kempen2 bulan membaca la..apa la kan.. Aku pun tak tau bila bulan membaca. (macam penah dengaq, tapi bila ya??) huhu..Baik buat kempen Hari2 Membaca.. Ni gambo time dah nak balik..sempat lagi tu..

selamat datang ke pesta buku antarabangsa..

selamat datang ke pesta buku antarabangsa..

p/s: Aku penah dengaq orang cakap, orang yg bijak pandai adalah orang yg ditempat tidurnya terdapat buku2. Maksudnya dia akan belek gak buku sebelum tidur.. (aku baca buku sblom tido supaya ngantuk dan memudahkan tidur..zzz…huhu)

MARI MEMBACA! GANBATTE!

Muahahaha…dari tadi lagi aku duk gelak sorang2 di depan PC nih. Kalo orang tengok musti depa ingat aku ni dah tak berapa betol. @ Tak berapa balance.. haha..Aku baru dapat email eksklusif tentang family ayah pin. Cam ni rupanya ahli keluarga ayah pin..baru ku tauuu…

 

ayah-pin3

susur galur keluarga Ayah Pin

 

Aku terjumpa satu website yg menarik, berkenaan dengan otak kiri dan otak kanan. Sekarang sibuk diperkatakan penggunaan otak kanan sangat penting disamping otak kiri. Orang jepun dah lama dedahkan anak2 mereka dengan penggunaan otak kanan. Menurut Prof Makoto Shichida dalam program Shichida Methods:

We promote whole-brain education by developing the right brain and connecting it to the left-brain, allowing both sides of the brain to work together in balance.

The right brain is the more important hemisphere to influence the quality of the left-brain. For example, the right brain enables the child to learn subconsciously as well as enable the brain to be able to automatically process large amounts of information at high speed whereas the left-brain is able only to process small amounts of information at low speed.

Ages 0-3 is the period in which the child maximizes the utilization of the right brain. From ages 4-6, the child would start to switch to using the left-brain. Henceforth, the critical period of training the brain would be from ages 0-3. If the child is older, techniques will be taught by the Professor on how to modify the negative aspects.

If the brain is well nurtured, the child will develop a great vision about learning and can handle any challenges with ease for the rest of his life. Further on in life, it will be more difficult to modify the learning capability.

Kita sekarang byk guna otak kiri ja. Bila orang kata kita otak tak balance, marah kan..huhu..sebetulnya memang tak balance pun..uhuk2.. Jom kita explore pasal otak kanan lak. Kita boleh belatih guna otak kanan n kiri melalui gambar dlm web tu.

Tapi web ni agak tak sesuai untuk pembaca2 bawah umo..huhu..

http://www.news.com.au/heraldsun/story/0,21985,22556281-661,00.html

Jangan tenung lama2 sangat k.. Kalau dah berjaya gunakan kedua2 otak kanan n kiri sila tutup yer.