Saya pernah terbaca di dalam sebuah majalah yang mengatakan bahawa salah satu tanda kronik yang menunjukkan anda seorang yang pelupa ialah jika anda lupa nama sendiri. Ini menunjukkan anda menghadapi masalah yang agak serius. Saya ada berapa tips yang boleh meningkatkan kemampuan anda untuk mengingati/menghafal dengan lebih baik.

Tetapi sebelum itu anda perlu tahu bahawa minda manusia pada asasnya di bahagikan kepada dua iaitu minda sedar (conscious mind) dan minda separa sedar (sub-conscious mind). Cara minda berfikir juga boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu mereka yang berfikiran kiri dan kanan.

Minda kanan memproses maklumat secara menyeluruh, mengikut intuisi, penuh dengan imej visual, muzikal, irama dan juga sentuhan melalui pengalaman yang kita alami. Sebagai contoh mereka yang menggunakan minda di sebelah kanan ialah artis, pelukis, art/film director, designer dll. Manakala minda di sebelah kiri pula memproses maklumat secara analisis, langkah demi langkah, secara logik, satu demi satu. Contoh mereka yang menggunakan minda sebelah kiri ialah akauntan, doktor, perancang kewangan, peguam, saintis dll. Sebaik-baiknya penggunaan minda kiri dan kanan hendaklah seimbang bagi menghasilkan minda yang hebat.

Selalunya peristiwa unik, dramatik dan ada unsur-unsur emosi biasanya lebih mudah di ingati. Anda hanya perlu mengingati detik-detik tersebut dan minda anda akan automatik boleh mengingatinya.

Di bawah ni saya senaraikan beberapa tips bagi mengatasi masalah pada mereka yang mudah lupa.

Tips yang pertama, bagi mereka yang selalu terlupa di mana mereka letakkan kunci rumah/kereta. Sebelum anda letakkan kunci di satu tempat, tutup mata dan bayangkan ada seekor burung kakaktua yang bewarna-warni di tempat tu berkata “kunci kau kat sini, kunci kau kat sini, kunci kau kat sini”. Jika anda masih lupa di mana letaknya kunci tu, cuba ingat balik apa burung kakak tua tu cakap.

Tips yang kedua, menggunakan irama atau lagu. Advertising agency selalunya mencipta irama atau lagu dan juga slogan supaya apa yang hendak disampaikan mudah di ingati pengguna. 755 2525 Anda masih ingat lagi iklan pizza hut di mana iklan tersebut menggunakan lagu supaya kita mudah mengingati nombor telefon pizza hut. Saya rasa dah 10-15 tahun saya masih ingat nombor telefon pizza hut tu walaupun nombornya dah di tukar. Hebat bukan!

Tip yang ketiga, ulang, ulang dan ulang. Kalau baru berkenalan dengan kawan yang baru, pastikan anda mengingati namanya, kalau lupa gak tanya balik. Salah satu cara lain kita boleh kaitkan nama kawan kita tu dengan benda ataupun aktiviti berkaitan. Sebagai contoh kalau nama kawan anda tu Mary bayangkan yang Mary sedang makan biskut Marie. Kena kreatif sikit dan bergantung juga pada situasi.

Tip yang keempat, bagi mereka yang susah nak menghafal telefon nombor, saya ada satu teknik yang saya belajar dari Richard Bandler. Katalah nombor telefon tu 2036 0145. Selalunya kalau kita hafal kita akan sebut berulang kali, tapi kalau pakai teknik ni tak payah ulang-ulang. Mula-mula ambil pen tulis kat atas kertas, lepas tu anda tengok nombor kat kertas tu dan ambik gambar nombor tu menggunakan minda. Tengok nombor tu atas kertas yang anda tulis, pejamkan mata dan lihat nombor tu di dalam minda. Masa pejam mata tu bila anda dah nampak nombor tu dengan jelas, TAHNIAH… anda telah berjaya. Besoknya masa nak ingat balik nombor tu pejamkan mata dan lihat balik nombor di atas tu di dalam minda anda. Saya telah cuba teknik ini dan ianya amat berkesan.

Semoga tips-tips kat atas ni, sedikit sebanyak dapat membantu anda mengatasi masalah mudah lupa.

source: http://www.shafril.com/tips-bagi-mereka-yang-mudah-lupa.html

One Response to “Tips untuk pelupa”

  1. Hobosic Says:

    Hello,
    Thank you! I would now go on this blog every day!
    Hobosic

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s